Pages

Tuesday, December 25, 2012

Awas jika anda abaikan Kalsium & Vitamin D

Original picture : http://nbphysio.com.au/health-tip/osteoporosis-and-how-to-reduce-your-risk/
Kiri : Tulang sihat, Kanan :  osteoporosis (masalah tulang rapuh)

Ina ni bkn doktor tapi ada belajar juga la pasal kesihatan ni. Masuk kelas yg diajar oleh seorang medical scientist kt Klang..so, apa yg ina belajar..ina just share. Utk kepastian, bolehla tanya doktor masing2 ye..

Perkongsian kali ini mengenai kesihatan tulang. Gambar di atas menunjukkan struktur dalam tulang kita. Banyak faktor sebenarnya yg menyebabkan penyakit osteoporosis. Salah 1 yg kita nak bincang ialah faktor paling utama iaitu kekurangan  Kalsium & Vitamin D.

Kenapa Kalsium & Vitamin D?
Kalsium & Vitamin D saling berhubung. Utk tulang, kalsium diperlukan utk menguatkan tulang.. macamana kalsium dimasukkan ke dalam tulang kita? vit D lah yg akan membawa kalsium dr perut kita ke tulang atau mana2 bahagian yg memerlukannya..tapi ingat...jgn terlebih..lain plak effectnya nanti..jadi, ambillah mengikut keperluan.

Vitamin D :
umur 1-70 : 600 IUs. & 71 ke atas : 800 IUs.

Kalsium :
Umur 1-3: 700 mg.
Umur 4-8: 1,000 mg.
Umur 9-18: 1,300 mg.
Umur 19-70: 1,000 mg - utk wanita, 1,200 mg. start umur 51 tahun lagi..
Umur 70 ke atas: 1,200 mg.

Sumber Vitamin D :
minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit. (http://tayibah.com/eIslam/vitamin.htm)

Sumber Kalsium :
Susu, dadih, keju, sardin, brokoli dan daun lobak putih..(http://tayibah.com/eIslam/vitamin.htm)

No comments:

Post a Comment